Isnin, 12 Oktober 2009

Cikgu Tuah, Cik Teja dan Mahmud

Tuah sebagai cikgu, Cik Teja sebagai kerani sekolah dan Mahmud sebagai anak murid...Emm cikgu Tuah ajar matematik...berkenalan dengan Cik Teja ketika mendaftar sebagai guru praktikal di pejabat sekolah...Mahmud pula seorang murid yang sayang kepada cikgunya.Pada mulanya Tuah tidak minat jadi cikgu,terpaksa masuk institut perguruan atas sebab tertentu. Teja pula seorang kerani yang cantik, ada seorang adik yang bernama Mahmud...Mahmud murid yang telah menyedarkan Tuah tentang profesion perguruan.................

Sabtu, 10 Oktober 2009

Hang Tuah Seorang Pendidik

Aku rasa menarik jika aku meletakkan watak Hang Tuah sebagai seorang guru....aku ada banyak idea tentang ini...guru juga adalah seorang wira..wira bangsa kerana tidak jemu dan tabah dalam mendidik manusia..

Khamis, 8 Oktober 2009

ketika itu........

Aku teringat ketika aku darjah lima....aku telah pinjam sebuah buku judulnya Hang Tuah Lima Bersaudara...buku itu menceritakan tentang kepahlawanan Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi...apabila aku baca peristiwa Hang Tuah menewaaskan orang yang mengamuk, aku sangat kagum...aku ingin jadi kuat dan berani seperti Hang Tuah...Hang Tuah inspirasiku...aku teringat hingga kini perihal buku itu...

Takkan Melayu Hilang di Dunia

Satu ungkapan yang membangkitkan semangat pada diriku agar aku berjuang memartabatkan bangsa Melayu....bangsa Melayu adalah bangsa yang kaya dengan sopan santun dan lemah lembut namun apabila dicabar, semangat kepahlawanan yang tersimpan dalam diri pasti akan digunakan....

HIKAYAT HANG TUAH

Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik kepahlawanan yang merentasi sepanjang zaman naik turun kerajaan Empayar Melaka. Hang Tuah merupakan seorang laksamana yang terutama serta pahlawan Melayu yang ganas semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada abad ke-15. Hikayat ini dipercayai mula ditulis sekitar 1700 (Leiden manuscript Cod.Or.1762.) tetapi manuskrip lengkap adalah bertarikh 1849.[1]
Pada masa pemudanya, Hang Tuah dan empat orang temannya, iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, serta Hang Lekiu, membunuh segerombolan lanun dan dua orang lain yang mengamuk dan membuat kacau-bilau di dalam kampung. Si Bendahara (sama dengan Perdana Menteri dalam istilah moden) Melaka nampak bakat mereka dan mengambil mereka bertugas di dalam istana. Hang Tuah dibabadkan dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.
Semasa bertugas dengan istana Melaka, Hang Tuah membunuh seorang pahlawan Jawa yang dikenali sebagai Taming Sari. Taming Sari merupakan seorang anak buah Empayar Majapahit yang telah dihadiahkan dengan sebilah keris kuno yang dipercayai boleh menyebabkan pemiliknya tidak terkalahkan. Keris itu dinamai "Taming Sari" sempena pemiliknya yang asal.
Hang Tuah kemudian dituduh kerana berzina dengan pembantu Sultan, dan suatu keputusan serta merta dibuat untuk menghukum mati laksamana yang tidak bersalah itu. Bagaimanapun, hukuman mati itu tidak dilaksanakan, dan sebagai ganti, Hang Tuah dihantar ke suatu tempat yang terperinci oleh si Bendahara. Mempercayai bahawa Hang Tuah telah mati, Hang Jebat (menurut Hikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi (menurut Sejarah Melayu), melancarkan pemberontakan balas dendam terhadap Sultan Mansur Shah, dan menyebabkan keadaan kelam-kabut di kalangan penduduk. Sultan Mansur Shah berasa sesal tentang hukuman mati Hang Tuah, kerana Hang Tuah merupakan orang tunggal yang berupaya membunuh Hang Jebat (atau Hang Kasturi). Akhirnya, si Bendahara memanggil balik Hang Tuah daripada persembunyiannya, dan diampun oleh Sultan. Selepas berlawan selama tujuh hari, Hang Tuah berjaya membunuh Hang Jebat dan mendapat balik keris Taming Sarinya.
Hang Tuah meneruskan khidmatnya kepada Sultan Mansur Shah selepas kematian Hang Jebat. Pada lewat hidupnya, beliau diutuskan meminang seorang puteri yang tinggal di puncak Gunung Ledang. Beliau gagal dalam tugas itu, dan disebabkan perasaan malu, Hang Tuah terus hilang dan langsung tidak dinampak lagi. (Sila lihat rencana Puteri Gunung Ledang.)
Hang Tuah terkenal untuk pepatahnya, "Takkan Melayu Hilang di Dunia" Petikan itu merupakan sorakan yang termasyhur untuk

Selasa, 8 September 2009